To place your order or for more info, kindly email us at daybabdelectable@gmail.com... sms or whatsapp us @ 012-612 8708

Saturday, November 12, 2011

Puding Kasih Bertaut


DayBab dok blog walking... then, ternampak pulak pasal puding nie kat blog Cik Mat Gebu kita... sekali pandang, hati dah bertaut lerr pulak...

Apa lagi... bahan-bahan pon senang, kita cuba... try... test lerrr...


BAHAN "A" :-)
10 gram agar2 serbuk (1 paket)
300 ml air
200 ml santan
1 biji telur
1/2 cawan gula pasir
2 - 3 jenis pewarna makanan + perisa (atau tak payah perisa pun sedap)

BAHAN "B" :-)
10 gram agar2 serbuk (1 paket)
1 liter air
100 gram gula melaka, potong kecil
1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul

CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK AGAR2 SANTAN (A) :- Satukan serbuk agar, gula dan air, kacau rata dan masak hingga mendidih dan gula hancur, guna api sederhana. Sementara tu satukan santan dan telur, kacau rata. Tuang dalam agar2 tadi, kacau rata dan masak hingga mendidih, guna api kecil dan kacau sentiasa. Matikan api, dan bagi kepada 3 bahagain, letak pewarna pilihan serta perisa (kalau suka), kacau rata dan tuang dalam bekas agar2 pelbagai bentuk (jenis comel2). Biar beku, simpan dalam peti sejuk.

UNTUK AGAR2 GULA MERAH :- Satukan semua bahan2 B, kacau rata dan masak hingga gula merah hancur. Tapis agar2 tadi dan biar suam sedikit.

UNTUK PUDING KASIH BERTAUT :- Sediakan satu acuan agar2 yang agak besar atau boleh guna loyang biasa. Susun agar santan pelbagai warna dan bentuk pada dasar acuan, kalau guna acuan berlubang tengah, pastikan corak agar2 santan menghadap ke dasar acuan. Sendukkan agar2 gula merah tadi sehingga habis. Biar hilang wap panas dan simpan dalam peti sejuk hingga mengeras. Boleh hidangkan. Selamat mencuba...



Selamat Mencuba....!!!