To place your order or for more info, kindly email us at daybabdelectable@gmail.com... sms or whatsapp us @ 012-612 8708

Thursday, November 17, 2011

Kek Sarang Lebah...

Kek Sarang Lebah... a.k.a. Kek Gula Hangus.... nie memang kek kegemaran DayBab. Dok tengah terjah blog Che Mat Gebu nampak pulak resipi nie. 

Apa lagi, catat kat kertas... dan DayBab pon mencuba nye... ini lerr hasil untuk cubaan yang pertama. Tak sampai setengah jam, dah tinggal separuh loyang. 2 anak kecik menjadi peminat kek nie juga...

Resipi nye seperti dibawah...: DayBab cut and paste dari blog Che Mat yea... 

BAHAN "A" :-)

250 gram gula pasir
225 ml air
75 gram mentega


BAHAN "B" :-)
4 biji telur gred A

125 gram tepung gandum*
1 camca teh soda bikarbonate*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
75 gram susu pekat manis
1 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)


  1. Masukkan gula pasir ke dalam periuk, masak dengan api sederhana hingga gula mencair, kacau hingga gula menjadi karamel, tapi jangan hitam sangat nanti pahit. Berhati2 masukkan air sedikit demi sedikit hingga habis, kacau hingga rata. Masukkan mentega, kacau hingga mentega cair. Sejukkan.
  2. Putar telur hingga kembang dan gebu, masukkan susu pekat manis, putar rata. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan diakhiri dengan gula karamel tadi. Putar sebati dan rehatkan 30 minit (mat rehatkan 1 jam).
  3. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berlubang tengah berukuran kurang lebih 8 atau 9 inci dengan mentega, tabur tepung dan buang lebihan tepung tadi. Tapis adunan kek (kacau rata sebelum dituang) ke dalam tin dan bakar selama 45 minit atau hingga masak. Sejukkan sebentar dalam tin dan boleh dikeluarkan.


Selamat mencuba....