To place your order or for more info, kindly email us at daybabdelectable@gmail.com... sms or whatsapp us @ 012-612 8708

Monday, July 4, 2011

Roti Bakar ala Pizza...


Apa nak makan tuk breakfast yea...??? Kekadang, bosan gak bila dok makan nasi lemak, roti canai, capati, nasi kerabu, nasi dagang, etc.. etc... etc...
Apa kata, kita tukar selera... nie jadi ala italiano lerr pulak. Kita breakfast dengan roti bakar ala pizza yang sungguh senang.

Apa yang diperlukan...??
1. beberapa keping roti
2. mentega
3. bawang besar
4. bawang putih
5. tomato
6. mozarella cheese dan cheddar cheese

Cara-cara nye...
1. Panaskan oven dulu pada suhu 180C.
2. Potong dadu bawang besar dan tomato. Bawang putih dicincang halus. Lepas tu, digaul sebati.
3. Sapukan mentega pada permukaan roti. Kemudian, ditaburkan bawang besar, bawang putih dan tomato tadi.
4. Taburkan cheddar dan mozarella cheese tadi.
5. Bakar roti didalam oven hingga golden.
6. Selamat menjamu selera!!!

Sarapan yang sungguh mudah dan berkhasiat! 
Selamat mencuba....

No comments: