To place your order or for more info, kindly email us at daybabdelectable@gmail.com... sms or whatsapp us @ 012-612 8708

Friday, August 27, 2010

Mee Wantan

Mee wantan nie DayBab buat tuk berbuka puasa beberapa hari yang lepas... nak resipi?? Nanti yea... Tunnnggggguuuuuu..

Thursday, August 26, 2010

Puteri Mandi...

Kuih Puteri Mandi nie DayBab buat tuk berbuka puasa semalam. Kuih melayu yang senang dibuat dan yang pasti.. sedap!!

Bila buat kuih melayu nie, tak ada exact measurement. For me.. senang gak sebab kita boleh adjust ikut quantity yang kita mahu...

Bahan-bahan yang diperlukan :
tepung pulut
air secukupnya
pewarna mengikut citarasa masing-masing
kelapa parut
garam secukup rasa
gula melaka
daun pandan
air

Cara-cara nye:
Campurkan tepung pulut bersama air. Uli hingga doh menjadi satu. Jangan terlalu lembik atau terlalu keras. Kemudian, letak kan pewarna mengikut citarasa masing-masing. DayBab guna warna hijau dan kuning.

Air dimasak terlebih dahulu dengan daun pandan. Bulat-bulat kan doh tapi dan tenggelamkan ia didalam air masak. Bila dah terapung, boleh lerr dianagkat. Letakkan pada kelapa parut yang telah dicampur dengan garam.

Ini lerr dia Puteri Mandi yang telah siap dimasak. Boleh dimakan dengan air gula melaka...
Memang yummmmyyyyy...

Selamat mencuba!

Sunday, August 22, 2010

Blueberry Criss Cross Puff

DayBab dok blog hoping... tup.. tup... nampak resipi nie kat blog Mat Gebu. Memandangkan barang-barang pon ada kat dalam fridge tu, DayBab pon buat lerr tuk hidangan berbuka puasa. Kepada yang berminat, sila ke sini tuk melihat resipi dan cara-cara membuat nye..

I tell you... memang yummmmyyyy!!

Wednesday, August 18, 2010

Oreo Chocolate Ice-Cream Cake..

Chocolate Oreo Ice-Cream Cake for my little precious 6th months birthday!

Monday, August 9, 2010

Blueberry Cheesecake + Fresh Strawberries

Pada suatu petang, masa tengok message... tetiba ada yang order blueberry cheesecake. Request nak letak strawberries kat atas nye. Siap kasi gambar sample.

Ok... blueberry cheesecake nye, insya-Allah senang nak buat. Tang strawberry tu, nak kena tengok stok. Kalau ada yang besar cun... yang comel nie, akhirnya jadi macam yang kat atas. Ini lah hasilnye!

Sedaya upaya mencuba untuk menghasilkan kek seperti yang diminta. Malah DayBab yang over-over men-decorate cake tu macam buat untuk diri sendiri.

And malam tadi, dapat sms dari yang meng-order... mereka sungguh berpuas-hati dengan cake yang diterima. Kek yang sedap katanya.. Alhamdulilah.

Thank you very much... atas kepercayaan yang diberikan!

Saturday, August 7, 2010

Roti Saj.

DayBab dok blog hoping... pastu terjumpa resipi roti saj nie kat blog kak hana. Apa lagi, tengah hari tadi DayBab mencuba nye. Memang lembut dan yummmmyyyy bila dicicah dengan kuah kari...

Resipi nie, DayBab cut and paste dari blog Kak Hana.... selamat mencuba!

RESEPI ROTI SAJ
Bahan-bahan
  • 1 sb yis mauripan
  • 1 sb gula (kak rus ganti ngan susu pekat kacau dalam air suam ~ akak pun ikut sama)- hana pong ikut jugak!
  • 1 1/2 cwn air suam
  • 3 1/2 cwn tepung
  • 1/2 st garam
  • sedikit minyak

Cara membuatnya

  1. Campurkan yis, gula, air suam dan garam sebatikan lalu masukkan tepung dan diuli.
  2. Selesai diuli, ketepikan 1 jam...tutup kejap dgn plastik.
  3. Uli lagi dan ketul-ketulkan kpd 7- 8 bahagian (Akak bahagikan kepada 10/11 ketul)...dibulat-bulatkan dan disalut minyak/tepung. (Akak salut minyak)
  4. Pastu terus je ambil seketul (*tak perlu tunggu roti naik dah yea) dan ditekan-tekan dlm pinggan bulat bagi elok bulatnya dan digoreng tohor mcm goreng capati.......bila masak angkat.... (MaDiHaA masak lebih kurang 3 ~ 4 minit bagi setiap belah roti saj & terbalikkan masak lagi) mmmm makan ngan kuah....sedap dan kenyang....
Nota MaDiHaA : Semasa menggoreng gunakan api yang perlahan. Minyak hanya gunakan beberapa titis jer semasa menggoreng. Tutup kuali dengan penutup pengukus supaya wap panas tak keluar & roti saj cepat masak.

Chocolate Chip Cookies..

Malam tadi, kurang lebih jam 9 malam... DayBab memulakan operasi. Teruja nak cuba resipi chocolate chip cookies yang baru dari Kak Zai.. Kalau tengokkan resipi nye, memang simple. Simple dari pelbagai aspek... bahan dan cara-cara nye!

Apa lagi... bila dah godek-godek fridge, barang semua dah ada. Memang satu rumah bau harum semerbak! The texture of the cookies... very crispy and yummy...

Simply Delicious!!

Monday, August 2, 2010

Chocolate Muffin

Chocolate Muffin.. nie DayBab buat last weekend. Al-maklum aje lerrr... masa weekend lerr ramai orang dan cepat sikit nak menghabiskan nye...

Texture muffin yang lembut dan tak berapa manis. Sedap gak makan dengan strawberry jam... yummmyyy!!!