To place your order or for more info, kindly email us at daybabdelectable@gmail.com... sms or whatsapp us @ 012-612 8708

Wednesday, November 10, 2010

Muffin ooohhhhhh... Muffin...!!!

DayBab's version of Apple Muffin with Chocolate Chips

Strawberry Muffin with Strawberry Chunk



Menziarah blog MamaFami dan juga status FB nye... DayBab teruja tuk mencuba resipi muffin nie. Mudah and senang.... Yang paling penting, Arfan suka makan muffin nie....


MUFFIN EPAL DENGAN COKLAT
BAHAN-BAHANNYA :
100 g mentega
85 gram gula halus
2 biji telur gred A
175 gram tepung gandum*
10 gram baking powder*(*digaul rata dan ayak)
80 ml susu segar
30 gram coklat susu, didadu kecil
Beberapa titik perwarna hijau epal
2-3 titik esen epal hijau

CARA MEMBUATNYA :

Panaskan oven pada suhu 180C, alas muffin pan dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Ketepikan.
Putar mentega bersama gula hingga sebati, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang, jarak masa antara 1 biji telur ialah seminit. Perlahan kan kelajuan, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar. Putar sebati.
Masukkan pewarna hijau muda dan esen epal, putar sebati. Akhir sekali masukkan coklat susu tadi, gaul rata.
Sudukan 3/4 penuh dan bakar 25 - 30 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan sebelum dihidangkan...



Resipi adapetd from MamaFami... and MamaFami adapted from Mat Gebu....


No comments: