To place your order or for more info, kindly email us at daybabdelectable@gmail.com... sms or whatsapp us @ 012-612 8708

Saturday, August 7, 2010

Roti Saj.

DayBab dok blog hoping... pastu terjumpa resipi roti saj nie kat blog kak hana. Apa lagi, tengah hari tadi DayBab mencuba nye. Memang lembut dan yummmmyyyy bila dicicah dengan kuah kari...

Resipi nie, DayBab cut and paste dari blog Kak Hana.... selamat mencuba!

RESEPI ROTI SAJ
Bahan-bahan
  • 1 sb yis mauripan
  • 1 sb gula (kak rus ganti ngan susu pekat kacau dalam air suam ~ akak pun ikut sama)- hana pong ikut jugak!
  • 1 1/2 cwn air suam
  • 3 1/2 cwn tepung
  • 1/2 st garam
  • sedikit minyak

Cara membuatnya

  1. Campurkan yis, gula, air suam dan garam sebatikan lalu masukkan tepung dan diuli.
  2. Selesai diuli, ketepikan 1 jam...tutup kejap dgn plastik.
  3. Uli lagi dan ketul-ketulkan kpd 7- 8 bahagian (Akak bahagikan kepada 10/11 ketul)...dibulat-bulatkan dan disalut minyak/tepung. (Akak salut minyak)
  4. Pastu terus je ambil seketul (*tak perlu tunggu roti naik dah yea) dan ditekan-tekan dlm pinggan bulat bagi elok bulatnya dan digoreng tohor mcm goreng capati.......bila masak angkat.... (MaDiHaA masak lebih kurang 3 ~ 4 minit bagi setiap belah roti saj & terbalikkan masak lagi) mmmm makan ngan kuah....sedap dan kenyang....
Nota MaDiHaA : Semasa menggoreng gunakan api yang perlahan. Minyak hanya gunakan beberapa titis jer semasa menggoreng. Tutup kuali dengan penutup pengukus supaya wap panas tak keluar & roti saj cepat masak.

No comments: