To place your order or for more info, kindly email us at daybabdelectable@gmail.com... sms or whatsapp us @ 012-612 8708

Tuesday, May 26, 2009

Fruit Topped Cake

Last weekend, my schoolmate ordered Fruit Topped Cake. Her mom's favourite cake.
Al-kisah, DayBab yang tak ada camera nie telah mencilok gambar yang telah di-tagged di FB untuk tatapan semua.
Cake nie pakai sponge cake. Dibelah dua atau tiga ikut selera masing-masing. Diantara layer tu, disapu dengan kastard+mixed fruits. Then, decorate the cake with colourful fruits and make-up kan dengan jelly.
Thanks my friend for the order... ;-)

Monday, May 25, 2009

Yang Mana Satu... Pilihan Kalbu...

Al-kisah nya, selama nie DayBab dok baking pakai Microwave Oven nie yang ada Conventional Function. Jadi, dapat lerr DayBab membakar kek dan cookies. Tetapi, dalam amount yang sedikit. Disebabkan DayBab mahu mengembangkan sayap DayBab dalam bidang nie, sekarang nie dok survey oven baru.

Dok survey merata dengan Abg Gendy... ada kedai yang boleh dapat murah.. ;-) So, sekarang nie, antara DayBab nak beli Zanussi atau Europa. Tapi, most probably DayBab akan beli Zanussi kot...
Jadi lepas nie, kalau DayBab nak bakar cookies tak yah lerr nak tunggu lama-lama... ;-)

Masalah Teknikal...

Waduh... agak lama juga DayBab tak update blog untuk menceritakan update terkini.
Bukan nya DayBab mahu menyepi atau apa... cuma DayBab sudah tiada camera untuk mempamer dan memaparkan update terkini.
Terbaru, DayBab telah mengikuti kelas cookies raya bersama Kak Mas. Memang berbaloi belajar... juga, Kak Mas nie tak kedekut tips orang nya. Insya-Allah, by June nanti... DayBab akan start distribute sample cookies raya dan update dalam blog ini. Tungggguuuuu...
Beberapa orderan juga DayBab terima. Malangnya, tiada photo untuk dipamerkan.. :-(
Antaranya, oderan dari GG yang telah meng-order BB Ferrero Rocher Cheesecake. This week, BB Blueberry Cheesecake pulak.
MMSM and FT jugak order cheesecake tuk Cik Yan. Kali nie DayBab buat whole MARS cheesecake tuk Cik Yan. Cake yang DayBab decorate dengan chocolate ganache kat bahagian atas...
Thank you juga buat Sizarifalina, my schoolmate yang telah meng-order Fruit Topped Cake and Cuppies Cemonet... Thank you very much!!!
Insya-Allah, once DayBab dah dapat camera baru... DayBab akan update bergambar pula nanti... ;-)
Thank you, all!!!

Friday, May 8, 2009

Antara Biskut Raya dan Kek Lapis...

DayBab tengah didalam dilema nie.... Pada 16 Mei, 2009... ada 2 kursus yang DayBab minat. Tapi, boleh pilih salah satu sahaja. Antara kursus buat biskut raya... atau kursus buat kek lapis komersial..???
Eeeemmmm... DayBab tengah confuse nie... :-(


Wednesday, May 6, 2009

Happy Mother's Day....

Mother's Day tahun nie jatuh pada May 10th, 2009.
Actually, Mother's Day nie jatuh pada second week bulan May. DayBab sebenarnya sudah merancang beberapa idea untuk direalisasikan untuk Mother's Day tahun nie.
Malang nya, opis pulak organize KPI Trainning pada hari Sabtu tu.. May 9th, 2009. Dah lerr tu, ia sepatutnya cuti Wesak Day. Kena trainning pulak dari pukul 8:30 pagi hingga 6:00 petang. Kacau lerrrrr...
So, segala yang ada... tak jadi lerrr DayBab realisasikan. Nie semua gara-gara training yang mengambil kebanyakan masa ku... GERAM nye..!!!
Tapi, ada gak small orders yang DayBab ambik dari Cik Tini kita. Semua nya tuk delivery hari Jumaat. Kalau Jumaat, maknanya hari DayBab akan mula sungguh awal. Ini kerna, DayBab nak deliver only the fresh product to my beloved customers.
Sehingga hari ini, ada orderan tuk fruit tartlets, brownies, cheesecake and carrot cake. Insya-Allah, DayBab akan berikan hasil yang paling CUNN..!!
Happy Mother's Day to all... ;-)

Monday, May 4, 2009

5 pagi...???!!!!

Pukul 5 pagi tadi, selesai keje DayBab...
Semua nya gara-gara sakit kepala yang amat sangat yang DayBab tanggung dari petang Ahad. Orderan telah DayBab terima dari hari Khamis. Nie amanah yang perlu DayBab laksanakan. Disebabkan sakit kepala... DayBab bobok dari kul 8 malam. Pukul 11:30 malam baru DayBab bangun.
Kali nie DayBab perlu siapkan Brownies, Eggless Wacky Chocolate Cupcakes and Butter Eggless Cake. Nie semua orderan dari member cik Tini kita.
First of all, DayBab nak buat Butter Eggless Cake. Tengah dok bancuh... ada pulak barang yang tak ada. Kena pulak kejutkan Abg Gendy. Mintak tolong dia belikan barang kat 7 Eleven. Thank you, darling..!!
Sambil tunggu Abg Gendy pulang, DayBab mula bancuh tuk Eggless Wacky Chocolate Cake. Adunan nie memang senang. Tup.. tup... dah masuk oven. Pastu, sambung buat Butter cake. Bila dah siap, buat Brownies pulak.
Dah tu, sapu ganache kat cupcakes dan tunggu cake ngan brownies sejuk. DayBab selesaikan brownies dan siap packing. Butter Cake tu pulak DayBab sapu dengan BC dan hias dengan BC jugak...
Alhamdulilah, DayBab berjaya selesaikan orderan / amanah yang dipertanggungjawabkan pada DayBab. Semoga yang meng-order, puas hati dengan hasil DayBab.
Bila DayBab selesai... jam sudah pukul 5 pagi. DayBab bobok jap sebab esok pagi, keje pulak. Apa pun, DayBab puas-hati!! Kalau ada apa-apa, DayBab mintak halal yea...

Friday, May 1, 2009

Eggless...???

Daybab diberi cabaran baru oleh Cik Tini - Ms. Marketing. Kali ini, katanya ada request untuk eggless cake. Cabaran pertama adalah untuk DayBab membuat Chocolate Eggless Cupcakes. Dipercubaan pertama, Alhamdulilah... percubaan DayBab itu sukses.
Cik Tini bawak cuppies itu kepada member vegetarian nya itu, dan Alhamdulilah... dia nak order dan siap order Butter Cake. Cake tu eggless jugak tau!!!
Nasib baik lerr nie zaman moden. Apa saja yang diinginkan, hanya lah dihujung jari. Sekali tekan, terus boleh dapat apa yang dihajati.
Insya-Allah, akan DayBab laksanakan amanah yang diberikan sebaik mungkin.
Semoga suksess kek eggless DayBab itu nanti. Insya-Allah, dengan sukses nya percobaan DayBab... DayBab bakal menembusi pasaran vegetarian pulak.
Amin.