To place your order or for more info, kindly email us at daybabdelectable@gmail.com... sms or whatsapp us @ 012-612 8708

Thursday, October 30, 2008

Hokey Pokey...

Semalam... Kat Channel 707 - Nigella Express... Nigella dok buat Hokey Pokey. Resipi sungguh senang...
100gm sugar, 4 tbsp golden syrup and 1 1/2 tsp bicarb.
Sugar gaul rata ngan golden syrup. Pastu letak kan atas api. Biarkan hingga cair. Mati kan api, then masukkan bicarb. Kacau and tuangkan pada loyang.
Hasil nye...?? Kurang menjadi.... *sedih nye...*
Mana silap nye, DayBab pon tak tahu...

Wednesday, October 29, 2008

Alhamdulilah...

Terima kasih bebanyak kepada En. Akhyari Hananto... DayBab dapat buku "Cooking With Love" gratis gitu lho. Mas Akhyari nie member kepada Shamam yang datang dari Yogyakarta. MaKasih yea... moga-moga bermanfaat tuk DayBab dan semua...
Semua kerna pasti dapat makan gitu lho....
Satu yang DayBab perasan bila baca buku nie, rupanya Bunda lahir sama tanggal nye dengan DayBab. Yang beda nya hanya tahun... Moga DayBab dapat mencontohi dan terer masak / baking macam Bunda.
Buat Bunda... Semoga roh mu dirahmati.... Bunda pergi meninggalkan nama dan ilmu yang sungguh manfaat...
Semoga tenang disana.....

Cheese CupCakes....

Kali nie DayBab experiment buat Blueberry Cheese Cupcakes tuk Kak Eda's Open House. Alhamdulilah, menjadi.....
- Baru nak buat base... -

- Dah letak cheese mixture... tunggu turn tuk masuk oven... -

- Sebelum dan selepas.... -

- Taaa Daaaaa.... ini dia Blueberry Cheesecake yang dah siap tuk delivery.... -

The Making of SeleNa's BirthDay Cake....

Last Saturday was Selena's Birthday.
DayBab decided to bake a cake for Birthday Gurl. Theme kali nie ialah Butterfly. The whole week DayBab dok browsing gambar Butterfly. Dan ini lah hasilnye.... DayBab buat dengan bantuan my sis - dia yang dok berdeco kek tu and di supervise oleh Mak Long...
-Kek yang telah dipotong... Belum disapu ganache lagi... Ada yang tak dapat nak teka bentuk apa kah ini... -

- Antara hiasan deco yang digunakan tuk kek ini....-


- Kek yang hanpir siap -

- Ini lah hasil nye.... Birthday Cke tuk Selena yang berbentuk Butterfly... -

Daybab ingin mengucapkan terima kasih tuk semua yang membantu dalam penghasilan kek ini. Terutama nya pada my sis and Mak Long... I hope Birthday Gurl suka ngan kek ini.....

Friday, October 24, 2008

iDea... OH... IdEa....


Since last week, DayBab dokbrowsing the net tuk cari idea. Mama Selena pesan Birthday cake bentuk Butterfly tuk Selena. The event will be on Saturday, sekali dengan aqiqah tuk Ariana.
I already have a rough idea on how to decorate the cake... wish me luck. Semoga suksess and Birthday Girl suka pada cake tu....

Thursday, October 23, 2008

MiNi CheeseCake....

-Mini Blueberry Cheesecake-

-Yummmyyyy....-

Asyik dok buat cake tuk orang aje... orang rumah pon nak jugak. So, two days ago... DayBab buat mini cheesecake. One portion buat Blueberry Cheesecake, the other one DayBab buat Mars Chocolate Cheesecake.
Buat mini cheesecake nie, daybab guna resipi cheesecake biasa - resepi ada kat sini. Kita pelbagai kan aje... Lebih senang nak makan...
Yummmmyyyyyyy.....

Double Choco Doughnut...

- Double Choco ku yang tersedia tuk dimakan... yummmyyyy...-
Resepi nie DayBab dapat dari My Resipi .. Hasil cipataan Kak Yani memang sedap tersangat-sangat. Nak buat pon senang... Kak Yani, DayBab cut and paste yea resipi nye. Pada semua, selamat mencuba... :-)
Bahan-bahan ( +- 20 biji )
1 biji telur
50g gula halus
4 sudu besar susu segar
80g tepung naik sendiri atau (80g tepung gandum + 1sk baking powder)
30g serbuk koko
50g coklat masakan(white chocolate or milk chocolate)
minyak secukupnya
kelapa kering secukupnya.

Cara-cara
Ayak tepung dan serbuk koko.
Kemudian masukkan susu, telur dan gula ke dalam no.1 tadi. Kacau sehingga sebati.
Panaskan minyak. Bila minyak dah panas, ceduk adunan tadi dengan sudu kecil dan masukkan ke dalam minyak panas. (kalau nak senang guna 2 btg sudu - lebih kurang macam buat jemput2lah).
Gorenglah sehingga masak.
Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiler. Bila coklat dah cair. Padamkan api. Masukkan donut yg dah siap digoreng tadi. Gaul sehingga rata. Kemudian cover pulak dengan kelapa kering.
Siap utk dihidang.

Wednesday, October 22, 2008

Marble CheeseCake

Last Saturday, member Tini order Marble Cheesecake... Alhamdulilah, Daybab dah belajar teknik baru bakar cheesecake... and cake pon tak crack..
-Pandangan sisi cheesecake yang mana daybab ada deco sikit kat bahagian bawah nye...-

-Pandangan dari atas pulak....-

-Happy Birthday Shafiqah... Hope you guys enjoyed the cake and thanks for your support...!!! Thank you...-

Monday, October 20, 2008

BrOwNieS for SaLe....

-Brownies-

-Close-up sikit.... -

Brownies for sale... A box of 36 pieces... or cut as per required size.

Interested.... ????

Thank you...

Thank you everyone yang dah order cakes from DayBab... Thanks for your support.
Kalau ada apa-apa komen atau cadangan... silakan, DayBab sedia terima tuk perbaiki dan beri yang terbaik...
Thank you....

Friday, October 17, 2008

Al-Kisah Nyeeee...

Al-kisah nye... Daybab terlambat buat arrangement tuk bayar deposit class Kak Min, kena lerr tunggu sampai bulan November... tuk class Basic Cake & Cup Cake Deco (Buttercream).

JongKong... OH.. JongKOng....

Tetiba aje daybab teringat kat kuih jongkong nie... Teringin lak nak makan. Lebih sedap makan sejuk-sejuk... Waddduuuhhhhh...
-kuih kongkong-

-kuih jongkong nie daybab first makan masa berbuka kat umah nenek masa bulan puasa baru nie... Sungguh sedap... Daybab nak kuih jongkong!!!!!-

Friday, October 10, 2008

ChEEse BrOwNieS for SaLe....

-Cheese Brownies-

My first attempt to bake this Cheese Brownies was on the eve of Hari Raya. Alhamdulilah, it turn out well. Now, this Cheese Brownies is the latest edition for sale...

Resipi as below pada sesiapa yang mau mencuba... Selamat yea...!


Ingredients:
8 oz. bitter
sweet chocolate, broken into pieces
1 pkg. (8 oz.) cream cheese, at room temperature
1 cup granulated sugar, divided
4 large eggs, room temperature, divided
1 1/2 teaspoons vanilla extract, divided
3/4 cup all-purpose flour
1/2 teaspoon salt
1/3 cup (2/3 stick) butter, softened
1/2 cup milk

Directions:

PREHEAT oven to 350º F. Grease 9-inch-square baking pan.

MICROWAVE chocolate in medium, uncovered, microwave-safe bowl on HIGH (100%) power for 45 seconds; STIR. If pieces retain some of their original shape, microwave at additional 10- to 15-second intervals, stirring just until melted; cool to room temperature.

BEAT cream cheese and 1/4 cup sugar in small mixer bowl until smooth. Beat in 1 egg and 1/2 teaspoon vanilla extract.

COMBINE flour and salt in small bowl. Beat remaining 3/4 cup sugar and butter in medium mixer bowl until creamy. Add remaining 3 eggs, milk and remaining teaspoon vanilla extract; beat until well mixed. Beat in melted chocolate. Stir in flour mixture until blended. Spread into prepared baking pan.

DROP tablespoons of cream cheese mixture randomly over chocolate mixture. Swirl mixtures deeply with spoon, pulling chocolate mixture up to surface.

BAKE for 33 to 38 minutes or until wooden pick inserted in center comes out slightly sticky. Cool completely in pan on wire rack. Refrigerate for 1 hour. Cut into bars.

Experiment...

Early this week, Daybab dok ber-experiment ngan Cheesecake. Kali nie dok terinspirasi dengan idea dan rekaan Mbak AmY. Thanks Mbak yea... I would say it was a good try and need some improvements...
-Pandangan sisi cheesecake-


-Pandangan dari atas-

Cheesecake nya Daybab bikin yang biasa aje.. New York Cheesecake. Pastu dibuat tuk topping nye.
Ingredients:
1. 1 tin peach in syrup
2. 1 sachet serbuk agar2 swallow (atau jelly apa saja) warna hijau maksudnya biar kontras dan seru.
3. 500 ml peach syrup yang ada ditin (boleh juga diganti dengan 500 ml air + 3 sdm gula)
Directions:
Setelah Cheesecake didinginkan selama lebih kurang 2jam di fridge (jangan dikeluarkan dari loyangnya).
1. Kacau rata serbuk agar2 dengan peach syrup/air gula lalu kacau rata dan didihkan.
2. Diamkan selama 10 menit sampai tidak berasap sambil susun peach sesuai selera di atas cheesecake.
3. Lalu perlahan2 masukan air agar2 dan siramkan ke seluruh permukaan peach agar timbul glossy effect!
4. Dinginkan di Fridgde sampai beku.

Thursday, October 9, 2008

Kecap Bango...

Kecap manis yang selalu ku guna... Enak banget!!

AyaM MaSak KeCap

Ayam Masak Kecap tuk hidangan pagi Raya.. resipi sila rujuk disini.

Tuesday, October 7, 2008

cooking with LOVE...

Cooking book yang teringin dibeli... hanya boleh didapati di Indonesia. The author, Bunda Inong... telah kembali ke-rahmatullah pada September, 2006. Really salute her passion in cooking and her love towards her family.
Semoga Bunda dirahmati dan segala ilmu diberkati.. Amin.
***Ada yang comment pasal buku nie...***
"I just got my hand on this recipe book this month. I've never cried reading a recipe book before *_*. Bagus ini mbak... "
-I want this Book Badly!!!!-

KitChen Heaven...

A heaven for all cooks...
The nearest to us is at Singapore...

-just look at the interior... tak tahan punya...-

Monday, October 6, 2008

ChiCken Pie...




Bahan-bahan ( 5 org makan )
  • puff pastry
  • daging ayam - biasa pakai minced chicken Ramly peket kecil - anggaran 500gm.
  • mixed vegie - 250gm
  • cendawan butang - 1 tin
  • Cream of Chicken (Chicken Soup dalam Tin) - 1 tin
  • 3 ulas bawang besar dipotong dadu

Cara-cara

  • Untuk pastry: guna puff pastry yang ada kat kedai. Roll ikut size loyang. Di bahagi dua sebab untuk lapisan bawah dan atas.
  • Sapu telur atas lapisan pastri tersebut.
  • Bakar pada suhu 200 Celcius selama 30 minit atau sampai pie kuning keemasan.
  • Untuk intinya:
  • Tumiskan bawang hingga naik bau.
  • Masukkan ayam dan tumis hingga agak masak.
  • Masukkan cendawan butang dan mixed vegie. Goreng seketika, jangan sampai layu.
  • Masukkan cream of chicken.
  • Rasakan dengan garam.

GlaZing For DoughNut


Ingredients:
  • 1/3 cup butter
  • 2 cups confectioner's sugar
  • 1 teaspoon vanilla
  • 4 tbs hot water or as needed
Method:
Combine the ingredients above. Then dip half the doughnut.

DouGhnut


Bahan-bahan:

  • 3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
  • 1/4 cawan air suam
  • 1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • 1/3 cawan shortening/butter
  • 5 cawan tepung gandum
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
  2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
  3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.
  4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
  5. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
  6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
  7. Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas.

TePunG PeLita


Bahan-bahannya:
Gula pasir secukupnya
Acuan
Bahan utk lapisan hijau:
1 cawan tepung beras
5 cawan air daun pandan
½ sudu teh kapur
Bahan utk kepala santan:
1 cawan tepung beras
6 cawan santan kelapa
Secubit garam

Cara membuatnya:

  1. Tuangkn lebih kurang 2 sudu the paras, gula pasir ke dlm tiap acuan
  2. Bancuhkn bersama tepung beras & air daun pandan serta kapur sehingga sebati. Setelah itu masak sehingga pekat & berkilat. Kemudian tuang ke dlm acuan.
  3. Bancuh tepung beras dgn pati santan serta secubit garam. Masak sambil dikacu hingga pekat. Kemudian tunag ke dlm acuan

mUFFIN... oh.. MUffin...



Ingredients:
  • 180gm unsalted butter
  • 140gm gula
  • 2 biji telur
  • 80ml susu segar
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 220gm tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
  • blueberry pie filing
  • coklat cip (optional)
    Method:
  • pukul butter n gula hingga putih.
  • masukkan telur satu persatu.
  • masukkan esen, pukul lagi.
  • perlahan mixer, masukkan tepung diselang seli ngan susu. gaul rata.
  • masukkan kedalam cawan muffin 1/2 penuh, pastu letak blueberry.
  • top up balik ngan muffin mix. tabur coklat cip.
  • bakar pada 175'c selama 20-25min.

Mars Bar CaKe...


Ingredients:
3 standard mars bars
2 tbsp golden syrup
3oz butter
enough rice krispies to coat
200g milk chocolate, melted
Method:
Melt mars bars, syrup and butter in a pan. When combined add rice krispies, and stir until coated. Press into a greased and lined oblong tin and leave to set. Top with melted chocolate and cut into square when cold.

BlueBerry CheeseCake



Bahan-bahan ( 23cm )


BASE:



  • 110g Butter - cairkan

  • 200g Biskut digestive - klu xde, apa2 biskut pun boleh

  • 50g Almond flakes - toast

FILLING:



  • 500g / 2 buku Cream cheese

  • 30g Butter

  • 120g Gula Kastor

  • 1 lemon - grate kulit & perah jus

  • 30g Tepung jagung - ayak

  • 200-300ml whipping cream

  • 4 biji Telur - pukul sedikit

  • 150g Blueberry pie filling

TOPPING:



  • 1 tsp Gelatin / Serbuk agar2

  • 30ml Air

  • 150g Blueberry pie filling

Cara-cara



  1. Hancurkan biskut & gaul dgn bhn2 base. Chill sehingga di perlukan.

  2. Pukul cream cheese & butter sehingga smooth. Campurkan gula, parutan & jus lemon & tepung jagung. Pukul lagi sehingga smooth. Campurkan cream & pukul lagi sehingga pekat. Akhir sekali masukkan telur yg telah di pukul sedikit. Pukul sehingga cukup sebati, jgn pukul terlalu lama.

  3. Tuangkan separuh adunan ke atas base. Ratakan blueberri & tuangkan baki adunan.

  4. Bakar dlm "water bath" dgn oven yg telah di panaskan terlebih dahulu 150 celcius selama 1 jam.

  5. Sejukkan kek pada suhu bilik (sebaik2 nya biar sekejap dlm oven baru keluarkan so that ia tak terkejut & merekah). Chill sekurang2 nya 6 jam ataupun semalaman baru lah di potong. Cheesecake tak boleh potong/makan waktu panas2, ok.

  6. Utk buat topping, campurkan gelatin/agar2 dgn air. Panaskan sebentar & campurkan blueberry. Sapukan ke atas cheesecake & sejukkan sebentar.

AyaM MaSak KeCap



Bahan-bahan ( Untuk 5 org makan )

  • satu ekor ayam - di potong kecil-kecil
  • tepung serbaguna - untuk disalut
  • 5-7 ulas bawang putih - dicincang halus-halus
  • 2-4 tangkai serai - dititik
  • kicap manis - biasa nye pakai kicap Indonesia (Kecap Manis Bango)
  • jus limau nipis - 1 biji
  • 1 sudu makan mentega
  • minyak untuk mengoreng

Cara-cara

  1. Ayam disalut dengan tepung serbaguna.
  2. Kemudian digoreng hingga masak. Ketepikan.
  3. Di kuali yang panas, tuang kan minyak sedikit. Tumis bawang putih hingga wanggi. Selepas itu, masukkan serai. Goreng hingga wangi.
  4. Kemudian, masuk kan kecap manis dan di ikuti dengan jus perahan limau nipis.
  5. Setelah agak berbuih, masukkan ayam tadi. Gaul rata-rata. Akhirnya, sebelum diangkat dari kuali, masukkan mentega dan gaul sebati.
    Selamat mencuba...